Wednesday, September 16, 2015

ayam kampung , ayam penelur dan ayam pedaging

Ayam kampung 
contoh ayam kampung 

adalah istilah yang diberikan kepada ayam yang dipelihara secara lepas atau bebas. Kebiasaanya ayam ini dipelihara di kawasan luar bandar atau di kawasan perkampungan. Nama saintifik bagi ayam kampung ini ialah Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) manakala di sebelah Negara Barat mereka memanggilnya dengan gelaran ayam ternak lepas (free range chicken) atau ayam organik (organic chicken).

Asal-usul ayam kampung

Pada asalnya ayam kampung ini telah lama diternak di Malaysia dan negara-negara dunia ketiga lain. Dengan kemasukan pedagang-pedagang luar suatu masa dahulu khususnya pedagang dari Negara China ini yang membawa baka ayam yang dinamakan Canton telah dikacukkan dengan ayam di sini maka lahirlah generasi kedua ayam kampung ini. Pada zaman penjajahan Inggeris di tanah Melayu pula mereka membawa baka dari negara Eropah maka dikacukkan dengan ayam-ayam yang terdapat di sini. Sejak itu lahirlah berbagai gelaran ayam kampung seperti ayam botak, ayam bulu balikayam selasihayam janggutayam laga atau ayam sabungayam togel,ayam katik atau ayam Jepun dan bermacam-macam lagi gelaran mengikut tempat dan loghat.

Ciri-ciri ayam kampung

Ayam kampung dipelihara di kawasan perkampungan luar bandar dan ada sesetengah penternak menyediakan reban untuk ayam kampung ini tidur pada waktu malamnya. Jika penternak yang tidak menyediakan reban ayam, ayam-ayam kampung ini akan tidur di atas pokok yang renek bagi mengelak dari diserang oleh musang pada waktu malam.
Ayam kampung ini mestilah mempunyai peluang untuk bergerak aktif tanpa perlu dikurung pada waktu siang hari dan pandai mencari makanan tambahan seperti serangga kecil, ulat, belalang dan cacing serta bahan daripada tumbuhan seperti bijirin, buah dan dedaun termasuk dari spesies tumbuhan herba. Kebiasaanya penternak ayam kampung ini akan memberi makanan berupa sisa makanan, lebihan nasi, dedak, jagungubi dan sebagainya pada waktu sebelah pagi sebelum ayam-ayam ini berkeliaran mencari makanannya sendiri.
Ayam-ayam kampung ini begitu aktif bergerak dan pergerakan otot yang aktif serta pengambilan makanan berunsur organik menghasilkan daging yang lazat dan berkhasiat tinggi. Ciri-ciri daging yang enak dan berprotein tinggi tanpa kolesterol ini menyebabkan harga ayam kampung di pasaran adalah tinggi berbanding dengan harga ayam daging komersil. Daging ayam kampung ini juga agak liat, pejal dan manis berbanding dengan ayam daging komersil yang dijual di pasaran.
Selaian itu baka ayam kampung ini mempunyai bulu tipis, lebih berat, kaki besar dan panjang, kulit berwarna kuning atau kemerahan-merahan. Ayam kampung KH-B1 diternak secara separa bebas dengan makanan komersil dan makanan berasaskan padi sebagai makanan utama. Ekstrak bawang putih, halia dan gula merah sebagai antibiotik juga rumput napier sebagai penyedap rasa dagingnya. Semburan BIO-TEC dilakukan secara berkala untuk menghapuskan bau yang tidak menyenangkan dan menghapuskan lalat juga sebagai minuman kesihatan kepada ayam. Berat ayam KH-B1 untuk dipasarkan ialah: Betina 1.7kg - 1.9kg, Jantan 2kg - 2.5kg.

Penetasan telur dan pembiakkan

Telur ayam kampung ini diperolehi dari ayam kampung yang menetas di dalam reban ayam atau di merata tempat yang dikira selamat dari sebarang gangguan haiwan lain. Musuh utama ketika ayam kampung ini bertelur ialah biawakular, dan sebagainya yang cuba memakan telur-telur ayam kampung ini. Telur ini memakan masa sehingga 21 hari untuk menetas.
Musuh utama bagi anak-anak ayam kampung yang baru menetas ini ialah pada waktu siang ianya sering diganggu oleh burung helangkucing dan burung berilau, manakala sebelah malamnya ia sering diganggu oleh musang dan burung hantu. Kejayaan ternakan ayam kampung ini bergantung kepada baka yang berkualiti, makanan, pengurusan dan persekitaran yang baik.
Ayam kampung ini melibatkan perkahwinan secara tabie atau semulajadi iaitu 1 ekor ayam jantan untuk 10 ekor ayam betina dan kebiasaan ibu ayam kampung ini boleh mengeram sehingga 15 biji telur dalam jangkamasa 21 hari.

Keistimewaan ayam kampung

  • Ayam kampung mempunyai harga yang tinggi di pasaran.
  • Ayam kampung ini boleh dibiakkan atau diternak sepanjang tahun.
  • Dagingnya pejal, manis dan berprotein tinggi.
  • Ia juga boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang tanpa perlu dikawal.
  • Sisa-sisa makanan di rumah boleh diberikan dan dijadikan makanan ayam.
  • Ibu ayam kampung ini dapat menetaskan telur dengan sendirinya.
  • Ibu ayam kampung ini boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk, hujan dan gangguan musuh.

Tanda-tanda ayam berpenyakit

  • Ayam yang tidak mahu makan atau berkeliaran mencari makanan sendiri.
  • Lembik, lemah dan tidak aktif.
  • Pucat serta keluar hingus atau lendir dari hidung
  • Najisnya cair atau berdarah
  • Gangguan saraf pada ototnya seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya.

Ayam Penelur 

contoh reban ayam penelur automatik
Proses Penjagaan Anak Ayam sehingga berumur 3 bulan

        anak ayam haruslah dijaga dengan rapi sehingga berumur 3 bulan atau pun 3 1/2 bulan . ini kerana, anak ayam mudah mati sekiranya tidak dijaga dengan betul. proses penjagaan anak ayam begitu rumit menyebabkan ramai dikalangan bukan melayu tidak sanggup ataupun mengetahui bagaimana untuk menjaganya kerana banyak peringkat perlu dilakukan dan ubat yang digunakan haruslah bersesuaian. proses penjagaan dan ubat terdiri daripada 6 peringkat seperti ubat mata, diberi makan ubat, disuntik dada dan sebagainya. proses ubat perlu dilakukan untuk mengawal penyakit berjangkit seperti hawar dan sebagainya. sekiranya ianya tidak dilakukan, penternak akan mengalami kerugian yang besar dan kualiti telur yang akan terhasil terjejas. anak ayam dijaga suhu kepanasan sehigga berumur 2 minggu daripada tarikh dihantar. ini kerana anak ayam masih tidak mempunyai bulu badan yang tebal dan ianya mudah kesejukan. anak ayam akan mati sekiranya berada dalam kesejukan.

Proses Penjagaan Ayam Penelur.

        Ayam yang sedia untuk bertelur berumur 4 bulan. sekiranya ianya dijaga dengan rapi. ayam penelur mula bertelur dari umur 4 bulan sehingga 18 bulan. penjagaan ayam penelur hendaklah keadaan yang bersih dan sangkar yang selesa. bekas minuman diberi melalui Nipple Drinker. ini boleh mengelakkan daripada pencemaran bakteria. pemberian makanan yang terpilih hendaklah dilakukan dengan betul. ayam penelur boleh menghasilkan sebiji telur dalam masa 24 jam. sekiranya memilih baka luar negara, ayam penelur boleh mengahasilkan 2 biji telur. tetapi kos untuk anak ayam penelur dari luar negara meningkat 2X ganda dari baka ayam tempatan.. Telur yang dihasilkan untuk sebulan pertama adalah gred C dan gred telur akan meningkat ke gred A apabila melepasi 8 bulan penjagaan dari awal sehingga ianya dikira pencen. Targed permulaan yang dibuat sebanyak 3000 biji sehari. ini bersamaan 100 papan. 

Kos Makanan

       Kos makanan bagi ayam penelur adalah 20kg bersamaan 500 ekor sehari. buat masa sekarang 20kg berharga RM 75.00. makanan untuk anak ayam pula diberi makan untuk tumbesaran. kos untuk 20kg bersamaan RM 85.00. anak ayam diberi makan makanan tumbesaran selama 2 bulan pertama.

Kos untuk pembinaan sangkar penelur.

1. Nipple drinker. RM 2.50/biji (mengikut jumlah)
2. Palung makanan RM 30.00 untuk 20 kaki panjang bersamaan 24 petak @ 48 ekor ayam
3. Sangkar penelur RM 8.00/petak/ 2 ekor ayam.


Ayam Pedaging

contoh ayam pedaging
Ternakan yang diuruskan dengan betul dengan persekitaran yang selesa akan membesar dengan baik dan dengan itu pengeluaran ladang dapat dimaksimumkan. Ia bermula dari peringkat perolehan anak ayam sehinggalah kepada pasaran. Pengeluaran yang maksimum memerlukan integrasi sepadu dari segi kualiti anak ayam yang dibeli , kualiti dan pengurusan makanan / minuman , pengurusan kesihatan dan persekitaran pemeliharaan. Sebarang bentuk tekanan hendaklah dielakan kerana ianya akan menjejaskan produktiviti ayam dan mengurangkan ketahanan melawan penyakit. Anak ayam yang bermutu akan membesar dengan baik. Makanan dan air minuman yang diberi hendaklah bermutu baik dan mencukupi. Setiap ekor ayam perlu diberikan ruang lantai , ruang makanan dan minuman yang mencukupi mengikut peringkat pembesaran. Ketinggian bekas makanan dan minuman juga diselaraskan dengan peringkat pertumbuhan. Kesemua ini bukan sahaja dapat mengelakan stress dan pembaziran, juga mempastikan keseragaman pembesaran ayam.


Pengurusan Sisa-Sisa Ladang
Sisa ladang ayam daging termasuklah sampah-sarap , ayam yang telah mati , tahi ayam. Jika sisa-sisa ini tidak diselenggara dengan baik sisa ini boleh menjadi tempat pembiakan lalat, selain itu juga akan menarik minat pemangsa datang ke ladang dan membawa bersama penyakit. Jika ianya tidak dilupuskan dengan sistematik dan sempurna ianya boleh menyebabkan masalah gangguan bau kepada masyarakat persekitaran dan kejadian penyakit kepada ayam-ayam peliharaan.

Lokasi Ladang
Pemilihan lokasi ladang adalah sangat penting. Ciri-ciri penting dalam pemilihan tapak ladang adalah -
  • Kawasan hendaklah jauh dari kawasan perbandaran dan perumahan
  • Mempunyai kemudahan perhubungan yang baik dan boleh beroperasi sepanjang masa
  • Jauh daripada lain-lain ladang
  • Kawasan datar dengan sistem saliran air yang baik
  • Kawasan yang mempunyai peredaran udara yang baik

 Pengrusan Penyakit
Penyakit akan mengurangkan produktiviti ladang. Kos operasi akan meningkat akibat dari penggunaan ubat rawatan , kematian , terjejas pertumbuhan dan kehilangan kualiti selepas diproses. Langkah-langkah kawalan penyakit seperti biosekuriti dan pelalian hendaklah diambil. Penggunaan ubatan untuk rawatan perlu mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan.

malan Perladangan Yang Baik dan Optimis
Penerapan amalan perladangan yang baik bermula dari peringkat perancangan menubuhkan ladang, kawalan penyakit dan pengurusan harian ladang akan memberi beberapa faedah antaranya ladang produktif , kos diminimumkan , pengeluaran dimaksimumkan , persekitaran dan hasilan yang bermutu dihasilkan.. Ini akan memberikan keyakinan kepada pengguna , meningkatkan peluang pasaran dan seterusnya menjaminkan sebuah ladang yang berdayamaju.


No comments:

Post a Comment